Baru-baru ini saya menghadiri satu ceramah keluarga sunnah yang cukup memberi impak kepada diri saya. Walaupun rm150 yang kita beri tetapi kesan yang kita dapat inyaallah akan membawa kita ke akhirat. Ramai yang kurang pasti tentang alam dunia yang hanya sementara. Sedangkan alam akhiratlah alam kekal yang harus kita kejar.
Sahabat rasullulah mempunyai beribu pokok tamar tetapi beliau telah berjaya menukar pokok tamar beliau dengan hanya satu pokok tamar di syurga ini membuktikan nilai pokok tamar di syurga jauh lebih mahal kalau dibandingkan pokok tamar di atas dunia.
Kita selalu bangga dengan pangkat dan darjat disayangi oleh orang tetapi kita tidak sedar tidak cukup perasaan sayang pada manusia jika Allah tidak sayang pada hambanya. Saya sayang kerana Allah itulah perkara yang perlu dititik beratkan sayang kerja kerana Allah sayang isteri kerana Allah dan sayang anak kerana Allah. Semoga program ilmiah ini dapat diteruskan di masa akan datang.