Quantcast
Channel: MIZI SEMPOI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 850

Syarikat Doula saman doktor

$
0
0
Assalamualaikum, ramai netizen mengutuk2 saya dan suami katanya tak berani terima jemputan dari ANALISIS bersama FINAZ YUNUS ( boleh baca beribu komen di page2 yang mengutuk DOULA - pastikan ejaan betul sebelum mengutuk ye).

Saya malas nak ambil pusing sebab dah terbiasa medan fb memang banyak fitnah cumanya terpanggil menjelaskan sedikit sebanyak kepada rakan2 yang baik dan bertanya.

Semua sedia maklum saya telah menyaman 2 orang doktor ekstrimis dalam kes saman fitnah yang mana mereka mengatakan saya penyebab kes kematian seorang bayi di Johor tahun lalu.

Kedua-dua kes sudah ada dalam rekod mahkamah dan semua sedia maklum saya ambil langkah tersebut atas tuduhan berat dari pemfitnah sejak setahun lalu dan sehingga kini masih ramai netizen menulis perkara sama. ( gambar komen baru beberapa hari lepas dan cuma sedikit dalam beratus2 komen)

Journalis TV Hijrah menghubungi suami saya menyatakan hasrat menjemput saya ke rancangan ini dan kami telah berbincang dengan peguam. Beliau menasihati supaya menangguhkan dahulu sebarang pelawaan memberi ulasan di mana2 media sehinggalah kes selesai dibicarakan.

Saya menjemput semua media membuat liputan untuk kes saman fitnah ini bagi merungkai semua persoalan dan wartawan di jemput ke mahkamah juga. Boleh hubungi suami saya Muhammad Zaki Omar untuk update kes dan tarikh perbicaraan.

Untuk program hari ini saya doakan kedua2 ahli panel di beri kemudahan dalam menyampaikan ilmu. Tahniah kepada TV Al Hijrah atas usaha memanggil Doula bagi menerangkan tugas mereka.

Selama ini banyak media membincangkan topik Doula tetapi memanggil panel dari kalangan mereka yang tidak pernah berjumpa dengan mana2 Doula pun.

Saya masih di JB kerana suami ada urusan penting di Singapore hari ini. Sekiranya sempat, setelah selesai semua urusan saya akan cuba ke KL bagi memberi sokongan terhadap program ini. Harap sempatlah.

Apapun betulkan niat kita semua dalam merungkaikan sesuatu persoalan, dengan izin Allah semuanya akan berakhir dengan baik.

La Haula Walla Quwwata Illa Billah.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 850