Quantcast
Channel: MIZI SEMPOI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 850

PENCURI HATI

$
0
0

Itulah moto lelaki yang bernama Mohd Mizi atau dikenali sebagai Mizisempoi, lelaki nakal yang sering menabur kata-kata manis kepada rakan-rakan perempuan di laman muka buku. Hakikatnya dia bukanlah senakal itu kerana sebenarnya dia sedang mencari cinta yang satu. 

Nur Iffah atau dikenali sebagai Teacher_the freak, digelarkan sebagai puak pembangkang oleh Mizi kerana kelancangannya membidas setiap status-statusnya. Walaupun dia nampak selamba, namun hakikatnya dia adalah seorang perempuan yang menyimpan sebuah luka kerana peristiwa lalu. 

Setelah setahun bermesra di laman muka buku, akhirnya mereka bertemu. Pertemuan demi pertemuan membibitkan rasa cinta sehingga Mizi nekad meluahkan perasaan. Namun, disebabkan luka yang pernah bertamu di hatinya, cinta Mizi ditolak dan Iffah terus menyepi. Mizi akui kerana antara ramai gadis yang dikenali hanya Iffah yang bertakhta di hati. 

Menolak cinta Mizi membuatkan Iffah penasaran sendiri, namun ada satu hati yang tidak jemu memujuk rayu menyebabkan dia lemas dan dalam dilemma.

Mizi kecewa, namun tak pernah putus asa. Berbagai cara dilakukan untuk memikat si dia. Akan berjayakah Mizi dalam operasi curi hati dia itu

Viewing all articles
Browse latest Browse all 850