Quantcast
Channel: MIZI SEMPOI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 850

Siapakah Zuraini Binti Abdul Khalid dan MPV ?

$
0
0

Siapakah Zuraini Binti Abdul Khalid dan MPV ?

Zuraini Binti Abdul Khalid atau Ani Zonneveld adalah seorang anak Malaysia yang kini menetap di AS. Beliau merupakan salah seorang pengasas Masjid Ibnu Rushd-Goethe (masjid liberal) di Berlin, German.

Bukanlah sesuatu yang baharu untuk beliau bertindak ‘ganjil’ dan bertentangan dengan ajaran Islam kerana dia sendiri merupakan Presiden dan pengasas kepada sebuah persatuan yang ditaja Barat (Zionis antarabangsa) iaitu Muslims for Progressive Values (MPV).

Bersama rakan-rakannya yang lain, mereka mengasaskan sebuah masjid liberal di tingkat 3 di sebuah gereja Protestan di Berlin, German.

Di antara amalan sesat mereka adalah :

1-Wanita menjadi imam solat berjamaah dan solat jumaat bersama jamaah yang bercampur-baur lelaki dan wanita.

2-Membenarkan orang ramai daripada semua latar belakang untuk masuk dan menggunakan masjid tersebut melainkan kepada wanita yang menutup aurat(wajib buka aurat)

3-Mengamal dan mempromosikan kebebasan amalan seksual (LGBTQI) termasuk menikahkan pasangan gay dan lesbian. Termasuk melakukan maksiat dalam masjid.

4-Mengamalkan dan mempromosikan pluralisma agama, feminisma dan sekularisma. Memberi ceramah pada orang baru mereka (golongan liberal tajaan barat ini) juga sedang bekerja gigih untuk menyebarkan fahaman sesat sebegini di bumi tercinta, Malaysia.

Ya, allah agama liberal mereka sedang giat berkembang dan sedang mencari orang baru. Bagi umat islam pastikan anda masih berpegang pada ajaran islam yang satu. Semoga mereka akan mendapat hidayah dari Allah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 850

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes